Wednesday, April 16, 2008

Lopak di Jalan Sudah Ibarat Kolam di Kampung Lalang

Kampung Lalang, terletak paling hujung dalam sebatang jalan yang entah sampai hari ini tiada nama. Sudah beberapa penggal berlalu tetapi isu jalan di kampung ini seakan dipandang remeh. Hati mana yang tidak panas? Kami juga rakyat Malaysia dan punyai hak untuk mendapat prasarana yang terbaik.

Ya! Mungkin jika dibandingkan dengan jalan ke ladang kelapa sawit, jalan kami mungkin lebih baik tetapi perbandingan ini jelas dan nyata jikalau dibuat dengan Kampung Babu dan Bungey? Apalah sangat kos untuk menaik taraf jalan kampung kami. Kalau diikutkan hati, dari dulu sudah kami robohkan papan tanda Projek Naik Taraf Jalan Kampung.

Untuk rujukan :

PROJEK NAIK TARAF JALAN KAMPUNG
JLN. KPG. DEBAK, BETONG

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia
KPLB/PJK?Q/06/N26/3093/11-99

Aduh..... Dah bertukar rupanya. Dari N26 kepada N30.

Entahlah, mungkin ada pihak yang lebih berpengalaman dari kami untuk membuat penilaian dan susulan kepada perkara ini. Kami dah muak dengan keadaan jalan kami. Mungkin segelintir dari anda tidak merasainya. Tetapi sebagai pemandu kereta dan penunggang motosikal, tempoh menyelenggara "shock absorber" kini menjadi lebih cepat berbanding dulu.

Istilah "koti nyo seh" (suka hati dialah) memang tak boleh diguna lagi. Tapi andaikata ada yang ingin mengkritik tulisan ini... Ringkas sahaja jawapan saya. "Kotikumpun!" (Suka hati akulah!)

Webmaster.

Selamat datang ke Blog Debak

Assalammulaikum dan selamat datang ke blog Debak.

Kewujudan blog ini adalah sebagai medium perantara kepada dunia luar tentang Debak. Ini adalah kesinambungan dari Laman Web Debak yang telah dibina sejak 3 tahun yang lepas. Apapun atas kesibukan dan komitmen terhadap kerja, laman web tersebut kini sedang dikemaskinikan dan bakal dilancarkan semula pertengahan tahun ini.

Waima agak baru, diharapkan blog ini mengupas segala isu dan permasalahan penduduk khusunya dalam jajaran penempatan Melayu yang merangkumi Kampung Lalang, Kampung Bungey, Kampung Babu dan Kampung Debak Laut.

Dengan berlatarbelakangkan "free-politic agenda", blog ini diharapkan dapat memberikan laporan telus dan memberikan ruang kepada pembaca agar dapat mengenali Debak dengan lebih dekat.

Semoga kehadiran blog ini memecahkan tembok pemikiran kuno dan klasik segelintir masyarakat dan menjadikan Debak tempat yang istimewa.

Sekian,


Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari
Twist Digital Technologies
Webmaster