Wednesday, April 16, 2008

Lopak di Jalan Sudah Ibarat Kolam di Kampung Lalang

Kampung Lalang, terletak paling hujung dalam sebatang jalan yang entah sampai hari ini tiada nama. Sudah beberapa penggal berlalu tetapi isu jalan di kampung ini seakan dipandang remeh. Hati mana yang tidak panas? Kami juga rakyat Malaysia dan punyai hak untuk mendapat prasarana yang terbaik.

Ya! Mungkin jika dibandingkan dengan jalan ke ladang kelapa sawit, jalan kami mungkin lebih baik tetapi perbandingan ini jelas dan nyata jikalau dibuat dengan Kampung Babu dan Bungey? Apalah sangat kos untuk menaik taraf jalan kampung kami. Kalau diikutkan hati, dari dulu sudah kami robohkan papan tanda Projek Naik Taraf Jalan Kampung.

Untuk rujukan :

PROJEK NAIK TARAF JALAN KAMPUNG
JLN. KPG. DEBAK, BETONG

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Malaysia
KPLB/PJK?Q/06/N26/3093/11-99

Aduh..... Dah bertukar rupanya. Dari N26 kepada N30.

Entahlah, mungkin ada pihak yang lebih berpengalaman dari kami untuk membuat penilaian dan susulan kepada perkara ini. Kami dah muak dengan keadaan jalan kami. Mungkin segelintir dari anda tidak merasainya. Tetapi sebagai pemandu kereta dan penunggang motosikal, tempoh menyelenggara "shock absorber" kini menjadi lebih cepat berbanding dulu.

Istilah "koti nyo seh" (suka hati dialah) memang tak boleh diguna lagi. Tapi andaikata ada yang ingin mengkritik tulisan ini... Ringkas sahaja jawapan saya. "Kotikumpun!" (Suka hati akulah!)

Webmaster.

No comments: